Posts

Showing posts from September, 2017

Bisikan Kasih 3

Shasha mengetuk pintu bilik rakan serumahnya, "Mila, kau dah siap ke?" "Dah siap dah. Jom." Malam tadi, Shasha menawarkan diri untuk menghantar Mila ke Dewan Chanselor pagi ini. Mila dan beberapa pelajar yang berjaya mendapat tajaan biasiswa Petronas dikehendaki  berkumpul disitu sebelum menaiki bas ke Kuala Terengganu. "Untung kau Mila, mana ada penaja lain buat kursus induksi macam ni. Siap dapat tinggal kat hotel lagi." "Itu la kan. Sure best nanti. Dapat jumpa dengan student dari U lain pulak tu." "Bye Shasha. Thanks so much hantar aku ya." Mila bergegas menuju ke arah bas yang menanti sebaik kereta Shasha bergerak keluar dari perkarangan Dectar. Pelajar-pelajar sudah mula menaiki bas. Mila menyerahkan beg berisi pakaiannya kepada abang konduktor yang sedang memasukkan beg-beg pelajar lain kedalam perut bas. "Mila, meh duduk dengan aku." Mata Mila mencari suara itu. Zaidi tersengih menampakkan barisan giginya yang ...

Bisikan Kasih - 2

"Mila, apa yang kau cari tu?" Shasha menepuk Mila dari belakang. Mila tersentak dibuatnya. "Ish. Kau ni, boleh tak bagi salam dulu? Kalau aku kena heart attack tadi, siapa nak tanggung?" Shasha mencebik dan tertawa melihat muka Mila yang sedang marah dengan tindakan spontannya. "Ok, sorry. Tak buat lagi ok. Kau cari nama siapa tu?" Mata Mila masih tertumpu pada beberapa helai kertas A4 yang ditampal pada papan kenyataan. Terdapat senarai nama pelajar disitu. Shasha turut membaca. "Senarai nama pelajar yang berjaya mendapat biasiswa Petronas." "Wah, dah keluar result ya. Nama kau ada tak Mila?" "Ada Shasha. Alhamdulillah. Macam tak percaya. Dah la aku terlepas group interview hari tu. Aku ingat aku dah gagal dah." "Tahniah Mila. Aku bangga dengan kau." "Kau pun apa kurangnya Shasha. Kau kan dapat biasiswa Slumberger, lagi susah tau nak dapat tu." "Alhamdulillah. Jom, aku belanja kau lunch....

Bisikan Kasih - 1

"Mak, dua minggu lagi Mila nak daftar masuk universiti. Tak sabarnya." "Alhamdulillah. Mak minta maaf tak dapat hantar Mila." "Takpa mak, Mila pi dengan Aida je." Mila sudah biasa berdikari. Sejak ayah meninggalkan mereka untuk selamanya dalam kemalangan jalanraya, Mila adik-beradik sentiasa cuba tidak menyusahkan emak. Mila masih ingat ketika mendaftar ke pusat matrikulasi selepas keputusan diumumkan, emak mula runsing. Mana nak cari duit untuk yuran pendaftaran dan tambang ke Kuala Lumpur. Mila dengan berat hati mengadap Tok Wan untuk meminjam duit. Mila turut bekerja dengan saudaranya, dapat juga kumpul sedikit wang untuk membeli barang keperluan. Mila tumpang saudara yang kebetulan balik kekampung untuk ke Kuala Lumpur. Perjalanan empat jam terasa sangat panjang. Mila hanya diam kerana tidak tahu nak cakap apa dengan keluarga saudara tersebut. Sepanjang setahun, Mila hanya dapat kunjungan pelawat dua atau tiga kali sahaja. Kawan-kawan Mila yang ...

Formula Pricing in SAP

Formula and Average Price atau lebih dikenali sebagai Formula Pricing adalah satu sub-module dalam Industri Solution - Oil (SAP IS-OIL). Digunakan didalam Downstream Business untuk mengira purata harga minyak berdasarkan harga pasaran semasa. Dalam SAP, Formula Price adalah Pricing Condition yang mempunyai feature "maintain formula". Condition record biasa hanya boleh menyimpan harga tetap seperti 'Pump Price' untuk Retail Station atau 'List Price' untuk LPG Cylinders. Formula Price menggunakan Daily Quotation yang dilanggan oleh syarikat minyak. Quotation ini boleh datang dari beberapa sumber, contohnya Platts, Arab Gulf dan sebagainya. Antara contoh formula yang biasa adalah Average of last month quotation. Bermakna, harga minyak tertentu hari ini,contohnya untuk pelanggan A dikira berdasarkan purata harga harian minyak dalam USD/AG, untuk bulan yang lepas. Oleh kerana pelanggan membayar dalam RM/L, maka condition record akan disetup bersama formula untu...

SAP Secondary Distribution

Hari ni saya macam nak share kisah perjalanan sebuah Road Tanker. Salah satu sebab saya suka bidang SAP ini kerana dapat belajar proses. Contohnya proses penghantaran produk ke stesyen minyak. Dalam satu hari ada beratus Road Tanker membuat penghantaran, mungkin ribu kalau ambil kira semua brand Oil&Gas, termasuk di Sabah dan Sarawak. Disebalik perjalanan sebuah Road Tanker, ada beberapa system/software yang menjayakannya. Bermula dari ordering pihak Stesyen, kepada scheduling diantara OC (Oil Company) dengan Transporter, pengambilan produk di Terminal, penerimaan pihak Stesyen sehinggalah tercetaknya Tax Invoice secara elektronik. Oh..berpeluh nak design keseluruhan transaksi ni adik. Interface dengan Bank, dengan scheduling system dan juga Gantry system. Bila GST diperkenalkan, bertungkus lumus kami ubah sana sini untuk comply dengan GST requirement pula. Bukan seorang, satu projek SAP boleh mencecah 100 orang Consultant dari pelbagai modul. Bagi saya, industri Oil & G...

Eldorado Project 1999-2001

Tiba-tiba kakak terkenang kembali projek pertama kakak yang paling significant dalam hidup ini, chewah . Sebelum itu memang kakak pernah terlibat dalam projek implementasi sistem SAP untuk beberapa syarikat di Petronas, semua skala agak kecil. Projek yang dinamakan Eldorado ini melibatkan ramai SAP Consultant dari pelbagai latar belakang. Ada satu puisi bertajuk Eldorado. Boleh google untuk dapatkan content puisi tersebut.  Didalam puisi yang ditulis oleh Edgar Allen Poe ini, Eldorado adalah sebuah bandar "City of Gold" yang dicari-cari suatu ketika dahulu. Ia dikatakan terletak di Amerika Selatan. Dikhabarkan bandar itu mempunyai kekayaan yang melimpah ruah. Namun tiada siapa pernah menjumpainya. Ketika projek SAP kami dinamakan Eldorado, ramai yang bimbang sekiranya kami mengalami nasib yang sama, tidak menjumpai emas dipenghujung projek. Emas yang dimaksudkan adalah kejayaan merealisasikan perpindahan sistem R2 ke R3. Namun, berkat kegigihan dan teamwork semua yang ter...

ABAPer, siapakah mereka?

Kali ini saya nak kongsi sesuatu yang agak teknikal. Kalau rasa berat, boleh abaikan posting ini. Akan ada posting lagi lepas ni, jari masih panas orang kata. Bahasa programming dalam SAP lebih dikenali sebagai ABAP, bermaksud “Advanced Business Application Programming. Maksud asal dalam bahasa German ialah Allgemeiner Berichts-Aufbereitungs-Prozessor atau “general report creation processor”. Tergeliat lidah nak menyebutnya. Dibina pada tahun 80’an, bagi menyokong sistem SAP R/2 , satu platform yang membolehkan syarikat besar membina aplikasi bisnes untuk “Materials Management” dan “Financial and Management Accounting” Apabila R/2 di'upgrade' ke R/3,ABAP masih lagi menjadi medium membina programs dan report. Seorang ABAP Consultant hanya perlu berurusan dengan SAP Functional Consultant untuk mendapatkan business requirements. Ini yang menarik tentang ABAP Consultant,tidak perlu berhadapan dengan users yang ada kalanya agak sukar ditang...

Sedikit tentang SAP SD

Lama pula rasanya tak menulis pasal SAP. Modul SAP SD atau Sales & Distribution sangat menarik pada pandangan saya. Dalam modul ini, kita perlu design sistem untuk kegunaan bahagian jualan (Sales),pemasaran (Marketing),penghantaran (delivery) dan invois(billing). Bila disebut Sales, ada beberapa elemen penting dalam SAP yang kita perlu setup. Data pelanggan, produk dan harga sangat kritikal. Seorang pelanggan ada empat master data tersendiri. Kita panggil Sold to, Ship to, Bill to dan Payer. Mereka boleh jadi entiti yang sama atau berlainan. Pricing master juga sama. Boleh jadi satu produk hanya perlukan satu price master. Ada juga harga jualanyang terdiri  dari beberapa pricing elemen contohnya  Price, Discount, Other Charges. Jumlah semua elemen ini menghasilkan final price sesuatu produk. Berbalik kepada ship to atau consignee. Ini adalah delivering address dan sangat penting bagi menentukan GST. Order yang dibuat oleh Sold To di Singapura tidak akan dikenak...

Apakah iDoc dalam SAP?

Mari kita belajar sesuatu yang teknikal pula. Kali ini berkenaan IDoc. IDoc adalah singkatan daripada Intermediate Document. Ia digunakan untuk menghantar data dari SAP ke sistem lain dan sebaliknya (vice versa). Antara contoh penggunaan IDoc yang kakak pernah implement ialah diantara SAP IS-Oil TAS (Terminal Autimation System) dengan Gantry System. Setting atau konfigurasi TAS adalah sangat teknikal. Perlu setup inbound dan outbound Idoc kerana berlaku komunikasi dua hala. Setiap hari, SAP perlu menghantar data shipment yang telah disiap di schedule untuk penghantaran minyak ke terminal terminal di seluruh Malaysia. Shipment yang dihantar mengandungi maklumat pelanggan, alamat penghantaran, jenis produk, nombor pendaftaran roadtanker termasuk kuantiti bagi setiap kompartment pada roadtanker tersebut. Setiap terminal mempunyai sistem gantri yang akan menerima maklumat ini dari SAP. Apabila roadtanker tiba di terminal dan driver memasukkan nombor shipment di sistem digantr...

Kisah saya dan SAP

Kisah saya dan SAP Saya biasa ditanya, macammana nak masuk SAP line. Kawan saya seorang doktor, pernah kata tak nak anak dia ambik medik. Dia nak anak dia kerja macam saya. Ye la, dia nampak kerja saya sekarang yang fleksibel. Ini agak subjektif. SAP line  tidak la semudah yang disangka. Nanti lah saya cerita dalam posting lain. Cara nak terjun dalam bidang SAP ada beberapa kaedah. Pertama, macam saya. Memang betul betul terjun dengan zero knowledge. Kebetulan syarikat memerlukan ramai resources ketika itu, maka digilaplah kami yang  fresh grad ini. Bermula sebagai budak suruhan tukang fotostat, buat training materials, configuration documents sehinggalah diberi peluang jadi analyst dan seterusnya, naik pangkat ke Consultant. Ada yang dalam 5 tahun dah jadi Consultant, ada yang jadi analyst selamanya pun ada. Tak apa, semua bergantung kepada pilihan masing –masing.Pilihan untuk terus menjadi analyst ini biasa, keselesaan di tempat kerja contohnya sehingga tak rasa nak ...