Bisikan Kasih - 1
"Mak, dua minggu lagi Mila nak daftar masuk universiti. Tak sabarnya." "Alhamdulillah. Mak minta maaf tak dapat hantar Mila." "Takpa mak, Mila pi dengan Aida je." Mila sudah biasa berdikari. Sejak ayah meninggalkan mereka untuk selamanya dalam kemalangan jalanraya, Mila adik-beradik sentiasa cuba tidak menyusahkan emak. Mila masih ingat ketika mendaftar ke pusat matrikulasi selepas keputusan diumumkan, emak mula runsing. Mana nak cari duit untuk yuran pendaftaran dan tambang ke Kuala Lumpur. Mila dengan berat hati mengadap Tok Wan untuk meminjam duit. Mila turut bekerja dengan saudaranya, dapat juga kumpul sedikit wang untuk membeli barang keperluan. Mila tumpang saudara yang kebetulan balik kekampung untuk ke Kuala Lumpur. Perjalanan empat jam terasa sangat panjang. Mila hanya diam kerana tidak tahu nak cakap apa dengan keluarga saudara tersebut. Sepanjang setahun, Mila hanya dapat kunjungan pelawat dua atau tiga kali sahaja. Kawan-kawan Mila yang ...