Posts

Showing posts with the label Bisikan Kasih 4

Bisikan Kasih 4

Terasa pantas masa berlalu. Sudah seminggu Mila dan rakan-rakan dari beberapa buah universiti tempatan lain berkumpul di Institut Latihan di Kuala Terengganu itu. Berbagai aktiviti menarik disediakan sehingga tak terasa masa berlalu. Ayu dan Raiz semakin rapat, Mila mula perasan. Oleh kerana Mila sentiasa bersama Ayu, secara tak langsung Mila dapat mengenali Amar, sahabat baik Raiz. Amar neutral, dan Mila juga tidak mengharapkan apa-apa berlaku antara mereka. Mila lebih suka berkawan tanpa ada apa-apa perasaan antara satu sama lain. Baru tahun satu kot, takkan dah nak bercinta. Fikir Mila. Ketika hendak meninggalkan Kuala Terengganu, mereka perlu menaiki bas yang disediakan oleh penaja biasiswa. Ayu dan Mila sama-sama melangkah naik dan sepakat untuk duduk bersama ketika didalam bas nanti. "Ayu, boleh duduk dengan saya?" Entah dari mana, tiba-tiba Raiz bersuara. Raiz dan Amar rupanya sudah berada diatas bas lebih awal. Amar di tempat duduk belakang. "Apa pula plan ...