Posts

Modul dalam SAP

Bila dengar kerja dalam line SAP, pasti orang akan tanya modul apa? Samalah kalau kerja dalam bidang pendidikan atau industri yang lain. Setiap cabang kerjaya, ada bidang spesifik yang memerlukan kepakaran berbeza. Dalam SAP, boleh dikatakan ada lebih dari 15 modul kalau tak silap saya. Belum campur dengan sub-modul lagi. Yang paling core dan banyak digunakan adalah SAP MM,SAP PP, SAP SD, SAP FI, SAP HR dan SAP PM. Walaupun saya tak sebut WM atau eWM, SRM, MDG, ABAP, SA, dan yang lain-lain, tidak bererti modul-modul ini tidak penting. Status ini adalah pengenalan kepada core module dahulu. Saya akan terus menulis tentang modul-modul SAP di kesempatan yang lain.  Material Management atau MM adalah modul untuk menyimpan data produk yang dibeli, dijual dan/atau dikilangkan oleh sesebuah syarikat. Ia juga digunakan untuk track transaksi pembelian (procurement) dan penyimpanan (inventory). Sales and Distribution atau SD adalah modul yang digunakan untuk track transaksi "Order to Cash...

Apa itu SAP?

Mungkin ramai juga yang tertanya apa itu SAP? Biasanya orang dengar HR Consultant, Financial Consultant, Medical Specialist Consultant, tapi apa pula SAP Consultant? Siapa mereka ni? Pentingkah mereka ni? Mereka umpama hero yang tidak didendang, namun, percayalah, beribu dan beratus syarikat kecil dan besar, tempatan dan antarabangsa, memerlukan SAP Consultants untuk operasi perniagaan mereka. SAP adalah singkatan kepada System, Applications and Products, digunakan untuk memproses data. Di Malaysia sahaja, antara syarikat yang menggunakan SAP adalah semua syarikat Oil & Gas, Petronas, Shell, BHP, Exxonmobil, syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan Celcom, Astro pun sama.  Antara pengguna SAP yang lain termasuk Pos Malaysia, Sime Darby, Sapura, TNB, Telekom dan banyak lagi.  Diluar negara apatah lagi. Kalau anda google tentang "What is SAP", tentu akan jumpa beribu artikel berkenaan sistem ini. SAP juga adalah nama lain kepada ERP iaitu, Enterprise Resource Planning, dan...

Korea Trip 2018

Ini adalah percutian tujuh sahabat yang sama-sama belajar di Matrikulasi UKM, Kuala Pilah pada tahun 1993. Ya, kami Gen-X. Kami bertujuh memilih musim bunga untuk melawat Seoul. Tarikh percutian kami bermula 1hb April, flight Korean Air 11.35 malam. Kami tiba awal pagi sekitar 6.30am di bumi Korea Selatan, Incheon Airport pada 2 April 2018. Harga tiket Korean Air pergi balik yang kami bayar adalah RM 1.5k. Hari Pertama Kami dijemput oleh driver dari Happy Van bernama Michael. Beliau fasih berbahasa Inngeris tapi kami macam tak ada chemistry dengan dia, mungkin sebab penat atas flight enam jam kot atau masih mamai pagi tu. Kami tak berapa nak layan mamat ni berborak. Kesian dia. Keadaan berkabus pagi tu. List peryama dalam itinerary kami adalah Namsan Tower. Nak naik cable car bagai. Oleh kerana kabus sangat, rugi je naik kalau tak nampak apa-apa nanti. So kami tukar plan, pergi Yongin dulu. Nak masuk Korean Folks Village. Kami pergi dengan Van si Michael juga, no choice sebab adh...

Kasih ayah dalam Real Steel

Malam minggu, anak saya yang sulung tiba-tiba ajak tonton movie Real Steel. Saya memang tidak mudah lupa movie lakonan Hugh Jackman ini, walaupun ianya keluar pada tahun 2011, sudah tujuh tahun rupanya. Malam ini kami mengajak Hud menonton sekali. Hud lahir pada 2011, sah sah lah dia belum pernah tengok. Kami pun tak pernah nak ulang tengok sebelum ini. Hud sangat teruja melihat robot-robot berlawan. Sepanjang masa Hud berdiri sambil beraksi ala seorang peninju. Ibu lah mangsa kena tepis atas bawah tumbukan dan tendangan acah-acah dia. Semangat sungguh tengok Atom berlawan. Saya teringin nak menulis beberapa pengajaran dari filem ini, namun ilham itu tidak sampai. Maka saya pun google sahaja dan jumpa beberapa review yang turut menyertakan "lessons from Real Steel". Saya terjemahkan kedalam bahasa santai kita ya, sebab saya selesa dengan bahasa Malaysia. Antara pengajaran dari filem ini adalah: 1.  Kegagalan sebenar seorang ayah bukan akibat dari kesilapannya, gagal...

Bisikan Kasih 4

Terasa pantas masa berlalu. Sudah seminggu Mila dan rakan-rakan dari beberapa buah universiti tempatan lain berkumpul di Institut Latihan di Kuala Terengganu itu. Berbagai aktiviti menarik disediakan sehingga tak terasa masa berlalu. Ayu dan Raiz semakin rapat, Mila mula perasan. Oleh kerana Mila sentiasa bersama Ayu, secara tak langsung Mila dapat mengenali Amar, sahabat baik Raiz. Amar neutral, dan Mila juga tidak mengharapkan apa-apa berlaku antara mereka. Mila lebih suka berkawan tanpa ada apa-apa perasaan antara satu sama lain. Baru tahun satu kot, takkan dah nak bercinta. Fikir Mila. Ketika hendak meninggalkan Kuala Terengganu, mereka perlu menaiki bas yang disediakan oleh penaja biasiswa. Ayu dan Mila sama-sama melangkah naik dan sepakat untuk duduk bersama ketika didalam bas nanti. "Ayu, boleh duduk dengan saya?" Entah dari mana, tiba-tiba Raiz bersuara. Raiz dan Amar rupanya sudah berada diatas bas lebih awal. Amar di tempat duduk belakang. "Apa pula plan ...

Bisikan Kasih 3

Shasha mengetuk pintu bilik rakan serumahnya, "Mila, kau dah siap ke?" "Dah siap dah. Jom." Malam tadi, Shasha menawarkan diri untuk menghantar Mila ke Dewan Chanselor pagi ini. Mila dan beberapa pelajar yang berjaya mendapat tajaan biasiswa Petronas dikehendaki  berkumpul disitu sebelum menaiki bas ke Kuala Terengganu. "Untung kau Mila, mana ada penaja lain buat kursus induksi macam ni. Siap dapat tinggal kat hotel lagi." "Itu la kan. Sure best nanti. Dapat jumpa dengan student dari U lain pulak tu." "Bye Shasha. Thanks so much hantar aku ya." Mila bergegas menuju ke arah bas yang menanti sebaik kereta Shasha bergerak keluar dari perkarangan Dectar. Pelajar-pelajar sudah mula menaiki bas. Mila menyerahkan beg berisi pakaiannya kepada abang konduktor yang sedang memasukkan beg-beg pelajar lain kedalam perut bas. "Mila, meh duduk dengan aku." Mata Mila mencari suara itu. Zaidi tersengih menampakkan barisan giginya yang ...

Bisikan Kasih - 2

"Mila, apa yang kau cari tu?" Shasha menepuk Mila dari belakang. Mila tersentak dibuatnya. "Ish. Kau ni, boleh tak bagi salam dulu? Kalau aku kena heart attack tadi, siapa nak tanggung?" Shasha mencebik dan tertawa melihat muka Mila yang sedang marah dengan tindakan spontannya. "Ok, sorry. Tak buat lagi ok. Kau cari nama siapa tu?" Mata Mila masih tertumpu pada beberapa helai kertas A4 yang ditampal pada papan kenyataan. Terdapat senarai nama pelajar disitu. Shasha turut membaca. "Senarai nama pelajar yang berjaya mendapat biasiswa Petronas." "Wah, dah keluar result ya. Nama kau ada tak Mila?" "Ada Shasha. Alhamdulillah. Macam tak percaya. Dah la aku terlepas group interview hari tu. Aku ingat aku dah gagal dah." "Tahniah Mila. Aku bangga dengan kau." "Kau pun apa kurangnya Shasha. Kau kan dapat biasiswa Slumberger, lagi susah tau nak dapat tu." "Alhamdulillah. Jom, aku belanja kau lunch....