Apa itu SAP?
Mungkin ramai juga yang tertanya apa itu SAP? Biasanya orang dengar HR Consultant, Financial Consultant, Medical Specialist Consultant, tapi apa pula SAP Consultant?
Siapa mereka ni? Pentingkah mereka ni?
Mereka umpama hero yang tidak didendang, namun, percayalah, beribu dan beratus syarikat kecil dan besar, tempatan dan antarabangsa, memerlukan SAP Consultants untuk operasi perniagaan mereka.
SAP adalah singkatan kepada System, Applications and Products, digunakan untuk memproses data.
Di Malaysia sahaja, antara syarikat yang menggunakan SAP adalah semua syarikat Oil & Gas, Petronas, Shell, BHP, Exxonmobil, syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan Celcom, Astro pun sama.
Antara pengguna SAP yang lain termasuk Pos Malaysia, Sime Darby, Sapura, TNB, Telekom dan banyak lagi.
Diluar negara apatah lagi. Kalau anda google tentang "What is SAP", tentu akan jumpa beribu artikel berkenaan sistem ini.
SAP juga adalah nama lain kepada ERP iaitu, Enterprise Resource Planning, dan SAP juga adalah nama sebuah syarikat gergasi yang berpengkalan di German.
Applikasi ini dicipta pada tahun 1972 oleh lima orang programmer bernama Wellenreuther, Hopp, Hector, Plattner, dan Tschira.
Dan SAP Consultants juga terbahagi kepada beberapa kepakaran tertentu. Ada banyak cabang SAP yang sangat spesifik, sehinggakan adakala amat sukar untuk mencari pakar dalam sesuatu modul kerana tidak ramai yang memilih modul tersebut sebagai bidang mereka.
Apakah ada masa depan andai memilih bidang ini? Pasti ada. Dengan izinNya, dengan attitude dan cara kerja yang bagus, sesiapa sahaja boleh berjaya dalam bidang ini.
Bagaimana nak terjun dalam bidang ni?
Paling mudah, ambil certification dari SAP Academy. Di Malaysia pun sudah ada training center yang mendapat partnership dengan SAP untuk memberikan latihan dan sijil SAP.
Untuk fresh graduate dalam bidang IT, pastikan anda baca serba sedikit tentang SAP ketika memohon perkejaan disyarikat yang menggunakan SAP. Untung nasib, anda dapat masuk jabatan yang support SAP.
Atau, IT graduate boleh sahaja apply kerja dengan SAP Consulting firms yang macam cendawan di Malaysia.
Consulting firms biasanya akan lebih cerah peluang kerana mereka tentunya perlukan pelapis untuk back-up senior yang kerap keluar syarikat kerana permintaan yang tinggi diluar sana.
Haslinda Mat Isa.
#ApaituSAP
Comments
Post a Comment