Modul dalam SAP
Bila dengar kerja dalam line SAP, pasti orang akan tanya modul apa?
Samalah kalau kerja dalam bidang pendidikan atau industri yang lain.
Setiap cabang kerjaya, ada bidang spesifik yang memerlukan kepakaran berbeza.
Dalam SAP, boleh dikatakan ada lebih dari 15 modul kalau tak silap saya.
Belum campur dengan sub-modul lagi.
Yang paling core dan banyak digunakan adalah SAP MM,SAP PP, SAP SD, SAP FI, SAP HR dan SAP PM.
Walaupun saya tak sebut WM atau eWM, SRM, MDG, ABAP, SA, dan yang lain-lain, tidak bererti modul-modul ini tidak penting.
Status ini adalah pengenalan kepada core module dahulu. Saya akan terus menulis tentang modul-modul SAP di kesempatan yang lain.
Material Management atau MM adalah modul untuk menyimpan data produk yang dibeli, dijual dan/atau dikilangkan oleh sesebuah syarikat. Ia juga digunakan untuk track transaksi pembelian (procurement) dan penyimpanan (inventory).
Sales and Distribution atau SD adalah modul yang digunakan untuk track transaksi "Order to Cash". Produk dan stock yang disimpan dalam modul MM tadi akan digunakan oleh SD bila ada jualan.
Production Planning atau PP adalah modul untuk bantu pekerja dibahagian planning dan production untuk menentukan berapa banyak kuantiti yang perlu dikeluarkan oleh kilang (plant).
PP berintegrasi dengan MM untuk mengetahui level inventori sesuatu produk, dan SD pula memberitahu product forecast melalui preplanned sales orders yang dibuat oleh pelanggan syarikat.
FI atau Financial, adalah modul yang paling penting dan paling banyak integrasi dengan kesemua modul yang lain. Setiap transaksi, belian, jualan atau kos pembuatan, semuanya akan disimpan didalam modul FI.
Kerana terlalu banyak menyimpan data dari pelbagai modul , FI dipecahkan kepada beberapa cabang lain contohnya FI-AP (Accounts Payable), FI-AR (Accounts Receivable), FI-CO/COPA (Controlling and Profitability Analysis), dan pelbagai lagi.
HR atau Human Resources pula menyimpan data pekerja seperti nama, alamat, jawatan, jabatan, anak syarikat dan data peribadi yang lain. Modul ini juga digunakan untuk transaksi pembayaran gaji.
Selain dari itu, data dari HR boleh digunakan oleh modul-modul lain contohnya dalam proses approval, workflow atau email akan dihantar secara auto kepada superior/reporting manager berdasarkan data didalam modul HR.
Kerana ia banyak menyimpan data peribadi, maka privasi data sangat penting bagi modul ini.SAP HR biasanya akan duduk dalam servernya yang tersendiri. Modul lain harus bina interface sekiranya memerlukan data dari sistem HR.
Core module seterusnya adalah Plant Maintenance, atau PM. Ia digunakan oleh kilang-kilang (plant) besar bagi memastikan setiap peralatan, dari sekecil-kecil mesin sehingga mesin sebesar bangunan, diberi penjagaan rapi.
Tanpa Plant Maintenance, akan pincanglah operasi sesebuah kilang/plant. Malah boleh menyebabkan malapetaka seperti letupan atau kematian akibat malfunction atau kerosakan.
Modul-modul diatas adalah antara yang core, yang berdiri dengan sokongan modul lain seperti ABAP (programming language dalam SAP), Security And Administration (ID, Roles and Profiles) dan Basis (penjaga infrastructure).
Semoga coretan ini memberi sedikit pendedahan kepada sesiapa yang berminat untuk join dunia SAP.
Haslinda Mat Isa
#ApaituSAP
Comments
Post a Comment