Apakah iDoc dalam SAP?

Mari kita belajar sesuatu yang teknikal pula. Kali ini berkenaan IDoc.

IDoc adalah singkatan daripada Intermediate Document. Ia digunakan untuk menghantar data dari SAP ke sistem lain dan sebaliknya (vice versa).

Antara contoh penggunaan IDoc yang kakak pernah implement ialah diantara SAP IS-Oil TAS (Terminal Autimation System) dengan Gantry System.

Setting atau konfigurasi TAS adalah sangat teknikal. Perlu setup inbound dan outbound Idoc kerana berlaku komunikasi dua hala.

Setiap hari, SAP perlu menghantar data shipment yang telah disiap di schedule untuk penghantaran minyak ke terminal terminal di seluruh Malaysia.

Shipment yang dihantar mengandungi maklumat pelanggan, alamat penghantaran, jenis produk, nombor pendaftaran roadtanker termasuk kuantiti bagi setiap kompartment pada roadtanker tersebut.

Setiap terminal mempunyai sistem gantri yang akan menerima maklumat ini dari SAP.

Apabila roadtanker tiba di terminal dan driver memasukkan nombor shipment di sistem digantri, Loading slip akan dicetak dan pengisian pun dilakukan.

Apabila selesai, gantry system akan menghantar idoc ke SAP dan Delivery Note pula dicetak dengan quantity sebenar.

Perjalanan roadtanker pun bermula bersama produk dan maklumat pelanggan yang akan menerima.

Apabila penghantaran selesai, akan diikuti pula proses delivery confirmation dalam SAP dan Tax Invoice akan di generate.

Dengan teknologi terkini, Tax Invoice tidak lagi dicetak. Sebaliknya dihantar dari SAP ke web portal dimana pelanggan boleh login dan mencetak secara online.

Selain dari itu, ada berbagai lagi proses yang terlibat contohnya pembayaran secara edebit atau credit card. Tanpa bayaran, tiada penghantaran.

Kakak memang sentiasa teruja dengan end to end process ini. Boleh dikatakan kakak sudah pernah jejak kaki di hampir semua terminal di Malaysia, kecuali di Sarawak.

Pernah kerja shift malam di KVDT, Dengkil. Asalnya ditugaskan untuk monitor SAP yang baru go live, kerana tak banyak issue, kakak buat kerja supervisor bersama staf terminal yang bertugas.

Seronok buat SAP ni. Dapat belajar macam macam proses.

Haslinda Mat Isa

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu SAP?

Modul dalam SAP