Posts

Showing posts with the label Projek SAP R3

Eldorado Project 1999-2001

Tiba-tiba kakak terkenang kembali projek pertama kakak yang paling significant dalam hidup ini, chewah . Sebelum itu memang kakak pernah terlibat dalam projek implementasi sistem SAP untuk beberapa syarikat di Petronas, semua skala agak kecil. Projek yang dinamakan Eldorado ini melibatkan ramai SAP Consultant dari pelbagai latar belakang. Ada satu puisi bertajuk Eldorado. Boleh google untuk dapatkan content puisi tersebut.  Didalam puisi yang ditulis oleh Edgar Allen Poe ini, Eldorado adalah sebuah bandar "City of Gold" yang dicari-cari suatu ketika dahulu. Ia dikatakan terletak di Amerika Selatan. Dikhabarkan bandar itu mempunyai kekayaan yang melimpah ruah. Namun tiada siapa pernah menjumpainya. Ketika projek SAP kami dinamakan Eldorado, ramai yang bimbang sekiranya kami mengalami nasib yang sama, tidak menjumpai emas dipenghujung projek. Emas yang dimaksudkan adalah kejayaan merealisasikan perpindahan sistem R2 ke R3. Namun, berkat kegigihan dan teamwork semua yang ter...