Eldorado Project 1999-2001

Tiba-tiba kakak terkenang kembali projek pertama kakak yang paling significant dalam hidup ini, chewah. Sebelum itu memang kakak pernah terlibat dalam projek implementasi sistem SAP untuk beberapa syarikat di Petronas, semua skala agak kecil.

Projek yang dinamakan Eldorado ini melibatkan ramai SAP Consultant dari pelbagai latar belakang. Ada satu puisi bertajuk Eldorado. Boleh google untuk dapatkan content puisi tersebut. 

Didalam puisi yang ditulis oleh Edgar Allen Poe ini, Eldorado adalah sebuah bandar "City of Gold" yang dicari-cari suatu ketika dahulu. Ia dikatakan terletak di Amerika Selatan. Dikhabarkan bandar itu mempunyai kekayaan yang melimpah ruah. Namun tiada siapa pernah menjumpainya.

Ketika projek SAP kami dinamakan Eldorado, ramai yang bimbang sekiranya kami mengalami nasib yang sama, tidak menjumpai emas dipenghujung projek. Emas yang dimaksudkan adalah kejayaan merealisasikan perpindahan sistem R2 ke R3.

Namun, berkat kegigihan dan teamwork semua yang terlibat, pada April 2001, iaitu selepas setahun setengah, kami berjaya Go-Live. Projek tersebut melibatkan proses-proses Supply and Acquisition produk downstream seperti Fuel, LPG, Lubes dan Bitumen. Untuk Fuel sahaja, kami perlu map proses Sales and Distribution untuk pelanggan Commercial, Retail, Aviation dan Marine.

Tugas kakak ketika itu lebih kepada menyediakan struktur pricing dalam SAP. Setiap  Distribution Channel mempunyai pricing scheme yang tersendiri. Saban hari kami akan berkumpul dalam Pricing Lab/Workshop untuk design pricing structure yang terbaik.

Memang hari hari yang dilalui terasa panjang. Namun apabila semuanya selesai, perasaannya bagai ibu yang melahirkan anak. Selepas berbulan-bulan mengandungkan bayi dengan penuh kesabaran, kesakitan melahirkan terus hilang tatkala melihat bayi yang lahir kedunia.

Begitulah juga perasaan kami melihat baby R3 di Petronas. Bila ke airport, kakak akan berbangga kerana ada sumbangan disitu. Tanpa sistem SAP yang kami design, bagaimanalah jualan minyak into-plane dapat dilaksanakan.

Begitu juga ketika melihat tanker minyak bercat hijau dilebuhraya, teringat akan setting compartment dan transport unit yang kami upload dalam sistem SAP, dan interface yang kami buat untuk roadtanker scheduling dan Terminal Automation System.

Eldorado sentiasa menjadi projek yang paling indah dalam kerjaya SAP kakak. Walaupun selepas itu ada projek Crystal di Shell, Quantum Leap untuk Petronas Chemical dan Eccite (kakak kepada Eldorado),  Eldorado tetap nombor 1.

Haslinda Mat Isa
Mencari yang terbaik bukan hanya untuk didunia.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu SAP?

Modul dalam SAP

Apakah iDoc dalam SAP?