ABAPer, siapakah mereka?
Kali ini saya nak kongsi sesuatu yang agak teknikal. Kalau rasa berat, boleh abaikan posting ini. Akan ada posting lagi lepas ni, jari masih panas orang kata. Bahasa programming dalam SAP lebih dikenali sebagai ABAP, bermaksud “Advanced Business Application Programming. Maksud asal dalam bahasa German ialah Allgemeiner Berichts-Aufbereitungs-Prozessor atau “general report creation processor”. Tergeliat lidah nak menyebutnya. Dibina pada tahun 80’an, bagi menyokong sistem SAP R/2 , satu platform yang membolehkan syarikat besar membina aplikasi bisnes untuk “Materials Management” dan “Financial and Management Accounting” Apabila R/2 di'upgrade' ke R/3,ABAP masih lagi menjadi medium membina programs dan report. Seorang ABAP Consultant hanya perlu berurusan dengan SAP Functional Consultant untuk mendapatkan business requirements. Ini yang menarik tentang ABAP Consultant,tidak perlu berhadapan dengan users yang ada kalanya agak sukar ditang...