ABAPer, siapakah mereka?
Kali ini saya nak kongsi sesuatu yang agak teknikal. Kalau rasa berat, boleh abaikan posting ini. Akan ada posting lagi lepas ni, jari masih panas orang kata.
Bahasa programming dalam SAP lebih dikenali sebagai ABAP, bermaksud “Advanced Business Application Programming. Maksud asal dalam bahasa German ialah Allgemeiner Berichts-Aufbereitungs-Prozessor atau “general report creation processor”. Tergeliat lidah nak menyebutnya.
Dibina pada tahun 80’an, bagi menyokong sistem SAP R/2 , satu platform yang membolehkan syarikat besar membina aplikasi bisnes untuk “Materials Management” dan “Financial and Management Accounting”
Apabila R/2 di'upgrade' ke R/3,ABAP masih lagi menjadi medium membina programs dan report.
Seorang ABAP Consultant hanya perlu berurusan dengan SAP Functional Consultant untuk mendapatkan business requirements. Ini yang menarik tentang ABAP Consultant,tidak perlu berhadapan dengan users yang ada kalanya agak sukar ditangani.
Saya kenal ramai ABAP Consultant, lebih dikenali sebagai OTAI ABAPERS. Hebat mereka ini, kita bagi gambaran sahaja mereka dah tahu ‘logic’ apa yang perlu ditulis dalam program.
Kehebatan ABAPERS umpama seorang “Jurubina” yang membangunkan sebuah bangunan. Kami Functional Consultant ibarat Arkitek yang memberi spesifikasi mengikut kehendak tuan rumah. Tanpa ABAPER, tidak akan go-live projek SAP.
Dalam dunia SAP, wujud juga Consultant hybrid. Seperti kereta hybrid yang mempunyai dua kebolehan, bergerak dengan petrol dan bateri, begitu juga lah dengan seorang Techno-Functional Consultant. Mempunyai kedua-dua skill Functional dan ABAP menjadikan seorang SAP Consultant lebih ‘laku keras’ dipasaran SAP.
Banyakkan yang ramai belum tahu tentang dunia SAP. Saya akan terus menulis.
Haslinda Mat Isa
Comments
Post a Comment