Kasih ayah dalam Real Steel

Malam minggu, anak saya yang sulung tiba-tiba ajak tonton movie Real Steel. Saya memang tidak mudah lupa movie lakonan Hugh Jackman ini, walaupun ianya keluar pada tahun 2011, sudah tujuh tahun rupanya.

Malam ini kami mengajak Hud menonton sekali. Hud lahir pada 2011, sah sah lah dia belum pernah tengok. Kami pun tak pernah nak ulang tengok sebelum ini.

Hud sangat teruja melihat robot-robot berlawan. Sepanjang masa Hud berdiri sambil beraksi ala seorang peninju. Ibu lah mangsa kena tepis atas bawah tumbukan dan tendangan acah-acah dia. Semangat sungguh tengok Atom berlawan.

Saya teringin nak menulis beberapa pengajaran dari filem ini, namun ilham itu tidak sampai. Maka saya pun google sahaja dan jumpa beberapa review yang turut menyertakan "lessons from Real Steel". Saya terjemahkan kedalam bahasa santai kita ya, sebab saya selesa dengan bahasa Malaysia.

Antara pengajaran dari filem ini adalah:

1.  Kegagalan sebenar seorang ayah bukan akibat dari kesilapannya, gagalnya seorang ayah adalah apabila dia gagal mempertahankan hubungan dengan anaknya.

Ayah adalah manusia biasa. Pasti ada kesilapan ketika membesarkan anak-anak. Namun, ayah harus bijak menangani masalah antara ayah anak-anak. Seperti Charlie dan Max, hubungan ayah dan anak hampir terputus apabila Charlie tidak mahu lagi menjaga Max atas alasan tidak mampu, Max akan lebih bahagia bersama keluarga ibunya yang berada.

Pada Max, bukan harta benda yang diidamkan. Kasih sayang seorang ayah dan kehadirannya yang diharapkan.

Saya teringat kisah saya semasa kecil. Saya baik dengan sepupu yang setahun lebih muda dari saya. Kadang-kadang saya mengadu padanya yang saya rindukan ayah saya. Sepupu saya ni tinggal dengan tok dan tokwan dari kecil.

Dia pernah berkata kami sama sahaja. Dia lagi sedih kerana ayahnya masih hidup, tapi tiada disisinya. Alhamdullilah,  kini dia sudah bersatu semula dengan pakcik saya. Syukurlah kerana walaupun pernah terpisah, ayahnya berjaya menyulam semula kasih sayang dengan anak yang diserahkan kepada orang tuanya dahulu. Tiada yang mustahil dalam dunia ini.

Begitu jugalah kisah Charlie dan Max dalam Real Steel. Max pada awalnya sedih kerana begitu mudah Charlie melepaskan Max. Hanya satu yang Max sangat harapkan daripada ayahnya. "I want you to fight for me." Sedih sangat masa Max cakap macam tu.

2.  Masa berkualiti adalah kuantiti masa yang diluangkan bersama-sama.

Anak-anak membesar sekali sahaja. Tiada ulangan lagi untuk masa yang sudah terlepas. Luangkanlah sebanyak mungkin masa berkualiti bersama anak-anak. Father figure faktor penting dalam pembentukan peribadi mereka. Ayah adalah contoh lelaki sejati pada seorang anak. Berbuat baik kepada mereka, InshaAllah mereka pun akan jadi sebaik ayahnya.

3. Ayah adalah mentor anak-anak.

Like father like son. Selalu kita dengar statement begini kan. Anak kita, kalau tak tumpah ke nasi, mana lagi kuah tu nak pergi? Dalam Real Steel,  banyak kali juga Charlie tu terkejut dengan perangai Max yang hampir sama dengan dirinya.

Nilaikanlah diri sendiri dahulu sebelum menuduh anak macam-macam. Betulkan diri sendiri sebelum nak suruh anak itu jadi terbaik macam Imam muda contohnya. Cermin-cermin diri selalulah ye wahai ayah ayah.

Begitulah serba sedikit. Kalau salah, mohon maaf ya. Tak ada pengajaran tentang ibu sebab dalam cerita ni, mak dia dah tak ada. Ada girlfriend ayah sahaja. Nak cerita pasal ibu kena tengok Erin Brokovich la pula.

Haslinda Mat Isa

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu SAP?

Modul dalam SAP

Apakah iDoc dalam SAP?