Korea Trip 2018

Ini adalah percutian tujuh sahabat yang sama-sama belajar di Matrikulasi UKM, Kuala Pilah pada tahun 1993. Ya, kami Gen-X.

Kami bertujuh memilih musim bunga untuk melawat Seoul. Tarikh percutian kami bermula 1hb April, flight Korean Air 11.35 malam.

Kami tiba awal pagi sekitar 6.30am di bumi Korea Selatan, Incheon Airport pada 2 April 2018. Harga tiket Korean Air pergi balik yang kami bayar adalah RM 1.5k.

Hari Pertama

Kami dijemput oleh driver dari Happy Van bernama Michael. Beliau fasih berbahasa Inngeris tapi kami macam tak ada chemistry dengan dia, mungkin sebab penat atas flight enam jam kot atau masih mamai pagi tu. Kami tak berapa nak layan mamat ni berborak. Kesian dia.

Keadaan berkabus pagi tu. List peryama dalam itinerary kami adalah Namsan Tower. Nak naik cable car bagai. Oleh kerana kabus sangat, rugi je naik kalau tak nampak apa-apa nanti. So kami tukar plan, pergi Yongin dulu. Nak masuk Korean Folks Village.

Kami pergi dengan Van si Michael juga, no choice sebab adhoc plan. Oklah, perjalanan ke Yongin dari Honje mengambil masa 40 minit. Kami spend sejam setengah di KFV. Cuaca nyaman dan pemandangan cantik, ada persembahan juga. Not badlah walaupun kesuntukan masa.

Kami terpaksa ikut jadual pemandu kami sebab pukul dua petang dia kena ambil customer lain pula. Kami ikutkan sahajalah.

Michael kemudian drop kami di Itaewon. Oleh kerana ni trip sendirian berhad ala DIY, ikut suka hati kami lah kan nak pergi mana dulu hehe. Kami lapar, maka saya bawa kawan-kawan rasa makanan Korea dulu di Restoran Muree. Memang sedap.

Lepas tu kami solat masjid Itaewon dan ambil train ke Ewha untuk bertemu sahabat sematrikulasi yang sedang berkursus disini.

Bersambung.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu SAP?

Modul dalam SAP

Apakah iDoc dalam SAP?