Bisikan Kasih 3

Shasha mengetuk pintu bilik rakan serumahnya, "Mila, kau dah siap ke?"

"Dah siap dah. Jom."

Malam tadi, Shasha menawarkan diri untuk menghantar Mila ke Dewan Chanselor pagi ini. Mila dan beberapa pelajar yang berjaya mendapat tajaan biasiswa Petronas dikehendaki  berkumpul disitu sebelum menaiki bas ke Kuala Terengganu.

"Untung kau Mila, mana ada penaja lain buat kursus induksi macam ni. Siap dapat tinggal kat hotel lagi."

"Itu la kan. Sure best nanti. Dapat jumpa dengan student dari U lain pulak tu."

"Bye Shasha. Thanks so much hantar aku ya."

Mila bergegas menuju ke arah bas yang menanti sebaik kereta Shasha bergerak keluar dari perkarangan Dectar.

Pelajar-pelajar sudah mula menaiki bas. Mila menyerahkan beg berisi pakaiannya kepada abang konduktor yang sedang memasukkan beg-beg pelajar lain kedalam perut bas.

"Mila, meh duduk dengan aku." Mata Mila mencari suara itu. Zaidi tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.

"Eh, tak naklah aku duduk dengan kau. Jauh tau KT tu. Tak kuasa aku nak layan celoteh kau nanti."

"Sombong la kau ni Mila. Tak sudi, cakap la tak sudi."

Mila memilih tempat duduk disebelah Mawar, rakan sefakultinya. Mawar seorang gadis yang lembut dan pendiam. Mila tidak pernah ada masalah dengan Mawar. Lebih baik dari duduk dengan Zaidi yang mulut mengalahkan murai tercabut ekor.

Bas mula bergerak apabila kesemua pelajar UKM telah naik. Masih banyak ruang kosong. Mungkin akan diisi oleh pelajar dari universiti lain pula.

Bas kemudian menuju ke Universiti Malaya. Disitu, beberapa lagi pelajar mengisi tempat duduk yang tadinya kosong. Mila memandang wajah-wajah pelajar UM yang baru naik. Mana tahu, ada rakan dari sekolahnya dahulu yang turut mendapat tajaan biasiswa sepertinya. Tiada seorang pun yang dikenali. Memang tiada rezeki, fikir Mila.

Perjalanan ke Kuala Terengganu memgambil masa hampir tujuh jam. Dua kali bas berhenti untuk solat dan makan. Mila tertidur beberapa kali.

"Saya Mila, UKM."

"Saya Ayu, USM."

Untuk seminggu, Ayu akan menjadi jiran satu dorm Mila. Mila memilih katil dibawah manakala Ayu yang tiba sedikit lewat, akur mendapat katil bahagian atas.

Hari pertama mereka di Institut Latihan tersebut dipenuhi dengan aktiviti ice breaking dan ucapan-ucapan disusuli ceramah disurau pada malamnya.

Setiap petang mereka dibenarkan ke padang untuk bersukan. Mila bersama rakan-rakan seuniversiti dan yang baru dikenali memilih untuk bermain bola jaring. Adakala mereka hanya duduk berborak sambil menonton pelajar lelaki bermain bola.

"Ayu, aku rasa si Raiz tu suka kat kau lah."

"Ish, mana ada. Mengarutlah kau Mila." Ayu tersipu malu dengan usikan Mila.

"Kau ingat aku tak nampak ke. Dari hari pertama lagi dia usyar kau tahu tak." Tambah Mila.

"Tengok tu, tengah main bola pun masa nak pandang-pandang sini."

Mila mengerling ke arah Raiz yang sedang  menendang bola. Sesekali mata Raiz kelihatan memandang Ayu yang sedang duduk ditepi Mila.

"Jomlah Mila. Segan aku duduk lama-lama sini."

Mila tersenyum melihat gelagat teman barunya itu. Untunglah Ayu, ada juga yang cuba nak ngorat.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu SAP?

Modul dalam SAP

Apakah iDoc dalam SAP?