Bisikan Kasih 4
Terasa pantas masa berlalu. Sudah seminggu Mila dan rakan-rakan dari beberapa buah universiti tempatan lain berkumpul di Institut Latihan di Kuala Terengganu itu.
Berbagai aktiviti menarik disediakan sehingga tak terasa masa berlalu. Ayu dan Raiz semakin rapat, Mila mula perasan. Oleh kerana Mila sentiasa bersama Ayu, secara tak langsung Mila dapat mengenali Amar, sahabat baik Raiz. Amar neutral, dan Mila juga tidak mengharapkan apa-apa berlaku antara mereka.
Mila lebih suka berkawan tanpa ada apa-apa perasaan antara satu sama lain. Baru tahun satu kot, takkan dah nak bercinta. Fikir Mila.
Ketika hendak meninggalkan Kuala Terengganu, mereka perlu menaiki bas yang disediakan oleh penaja biasiswa. Ayu dan Mila sama-sama melangkah naik dan sepakat untuk duduk bersama ketika didalam bas nanti.
"Ayu, boleh duduk dengan saya?"
Entah dari mana, tiba-tiba Raiz bersuara. Raiz dan Amar rupanya sudah berada diatas bas lebih awal.
Amar di tempat duduk belakang. "Apa pula plan mereka ni?" Bisik Mila pada Ayu.
Ayu memandang Mila "Macammana ni?"
"Ikut kau lah. Aku ok je." Balas Mila.
Ayu duduk disebelah tempat duduk yang kosong. Sebelah Raiz.
Mila serba salah. Mana pula aku nak duduk ni.
"Mila, sini je lah." Amar memanggil nama Mila.
"Alamak, segan weh. Aku kan pemalu."
"Alah, kau jangan ngada. Aku bukan nak buat apa kat kau. Borak je pun."
Sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur, Amar paling banyak bertanya. Naik rimas Mila dibuatnya. Macam kena interview. Digagahnya menjawab setiap soalan jejaka bermulut popcorn itu.
Mereka berempat berpecah sebaik turun dihentian Puduraya. Mila harus membeli tiket bas untuk pulang semula ke UKM.
Raiz, Ayu dan Amar bersama beberapa lagi pelajar USM juga memilih untuk pulang terus ke utara.
Sebelum berpisah, Amar sempat mengenyit mata pada Mila.
Hampir sahaja Mila hendak membalas dengan menjelirkan lidah. Tak jadi. Malu pula kalau-kalau rakan Amar yang lain nampak.
Didalam bas menuju ke Bandar Baru Bangi, Mila tiba-tiba teringat perbualannya dengan Amar.
"Mila, kau dah ada boyfriend?"
"Belum. Siapa la yang nak kat aku ni. Bukannya cantik pun."
"Kalau ada yang suka kat kau, macammana?" Tanya Amar lagi.
"Aku tak pernah terfikir la benda tu." Malas Mila nak melayan. "Tukar topik boleh?"
Amar tersengih mendengar jawapan Mila.
"Kau ni Mila, tanya pun tak boleh. Garang la. Kau ni anak polis ke?"
"Arwah abah aku kerja kampung je, mana ada kerja polis ke, askar bagai."
"Oh, maafkan aku Mila. Tak tahu yang ayah kau dah tak ada."
"Takpe, aku ok je." Mila tunduk. Nada suara Mila tiba-tiba menurun. Memang begitu, Mila akan sebak sedikit setiap kali arwah abah disebut.
"Mila, aku suka kat kau. Call aku ya nanti."
Amar menghulurkan sekeping kertas bertulis nombor telefon.
"InshaAllah." Mila terkedu.
"Kalau rajin, aku call lah."
Comments
Post a Comment