Bisikan Kasih - 2

"Mila, apa yang kau cari tu?" Shasha menepuk Mila dari belakang. Mila tersentak dibuatnya.

"Ish. Kau ni, boleh tak bagi salam dulu? Kalau aku kena heart attack tadi, siapa nak tanggung?"

Shasha mencebik dan tertawa melihat muka Mila yang sedang marah dengan tindakan spontannya.

"Ok, sorry. Tak buat lagi ok. Kau cari nama siapa tu?"

Mata Mila masih tertumpu pada beberapa helai kertas A4 yang ditampal pada papan kenyataan. Terdapat senarai nama pelajar disitu.

Shasha turut membaca.

"Senarai nama pelajar yang berjaya mendapat biasiswa Petronas."

"Wah, dah keluar result ya. Nama kau ada tak Mila?"

"Ada Shasha. Alhamdulillah. Macam tak percaya. Dah la aku terlepas group interview hari tu. Aku ingat aku dah gagal dah."

"Tahniah Mila. Aku bangga dengan kau."

"Kau pun apa kurangnya Shasha. Kau kan dapat biasiswa Slumberger, lagi susah tau nak dapat tu."

"Alhamdulillah. Jom, aku belanja kau lunch." Shasha terus menarik tangan Mila. Dia turut gembira bila mendapat tahu Mila kini sudah ada penaja. Bukan calang-calang pula tu, syarikat minyak nasional lagi. Cerah masa depan Mila nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu SAP?

Modul dalam SAP

Apakah iDoc dalam SAP?