Kisah saya dan SAP

Kisah saya dan SAP

Saya biasa ditanya, macammana nak masuk SAP line. Kawan saya seorang doktor, pernah kata tak nak anak dia ambik medik. Dia nak anak dia kerja macam saya. Ye la, dia nampak kerja saya sekarang yang fleksibel. Ini agak subjektif. SAP line  tidak la semudah yang disangka. Nanti lah saya cerita dalam posting lain.

Cara nak terjun dalam bidang SAP ada beberapa kaedah.

Pertama, macam saya. Memang betul betul terjun dengan zero knowledge. Kebetulan syarikat memerlukan ramai resources ketika itu, maka digilaplah kami yang  fresh grad ini. Bermula sebagai budak suruhan tukang fotostat, buat training materials, configuration documents sehinggalah diberi peluang jadi analyst dan seterusnya, naik pangkat ke Consultant.

Ada yang dalam 5 tahun dah jadi Consultant, ada yang jadi analyst selamanya pun ada. Tak apa, semua bergantung kepada pilihan masing –masing.Pilihan untuk terus menjadi analyst ini biasa, keselesaan di tempat kerja contohnya sehingga tak rasa nak keluar kemana. Untuk menjadi Consultant, anda perlu buat beberapa projek “SAP implementation”.

Kedua, dengan menjadi end-user. Jadilah pengguna SAP sehingga ke tahap ‘expert-user’. Contoh terdekat, suami saya lah. Expert user ini akan ada direct contact dengan SAP Consultant atau SAP Support Analyst. Mudah bagi expert-user sekiranya ada kekosongan, mereka yang akan dipilih dahulu untuk join SAP team.

Ketiga, ambil certification. SAP mempunyai satu cabang lagi yang dipanggil “SAP Education Partner”.

Di Malaysia, ada beberapa firma yang dilantik sebagai SAP Partner dimana mereka akan sediakan training. Skop mereka lebih luas. Boleh cuba google “SAP Academy in Malaysia”. Salah satu firma adalah Abeam Consulting.

Selain itu, cuba google SAP Undergraduate Program Malaysia MDEC”. Baca disitu, ada maklumat berkenaan SAP UAP (SAP University Alliances Program).

Kalau yang mampu, boleh ambik yang diluar negara. Di Thailand atau Singapura paling dekat.

Jika anda sudah mendapat Certification dalam bidang SAP yang diminati, mohon lah kerja di mana mana syarikat yang ada menggunakan SAP atau, firma yang dipanggil “SAP Consulting Firm”.

Biasanya syarikat seperti Petronas, Shell, Telekom Malaysia, Felda dan banyak lagi syarikat multinasional mempunyai internal team sendiri. SAP adalah cabang IT, maka join lah IT department syarikat syarikat seperti ini.

Adik adik yang baru graduate dan terus buat SAP Certification, harus low profile sikit. Certified SAP person tak bermakna awak dah boleh terus implement SAP. Mau kena ketuk dengan SAP Consultant nanti.

Walaupon dah certified, belajar lah dari bawah. Korek ilmu dari otai SAP lain. Kadang kadang apa yang awak baca dalam buku, 80% tak sama dengan dunia sebenar.

Haslinda Mat Isa

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu SAP?

Modul dalam SAP

Apakah iDoc dalam SAP?