Sedikit tentang SAP SD
Lama pula rasanya tak menulis pasal SAP.
Modul SAP SD atau Sales & Distribution sangat menarik pada pandangan saya.
Dalam modul ini, kita perlu design sistem untuk kegunaan bahagian jualan (Sales),pemasaran (Marketing),penghantaran (delivery) dan invois(billing).
Bila disebut Sales, ada beberapa elemen penting dalam SAP yang kita perlu setup. Data pelanggan, produk dan harga sangat kritikal.
Seorang pelanggan ada empat master data tersendiri. Kita panggil Sold to, Ship to, Bill to dan Payer.
Mereka boleh jadi entiti yang sama atau berlainan.
Pricing master juga sama. Boleh jadi satu produk hanya perlukan satu price master. Ada juga harga jualanyang terdiri dari beberapa pricing elemen contohnya Price, Discount, Other Charges. Jumlah semua elemen ini menghasilkan final price sesuatu produk.
Berbalik kepada ship to atau consignee. Ini adalah delivering address dan sangat penting bagi menentukan GST. Order yang dibuat oleh Sold To di Singapura tidak akan dikenakan GST jika alamat penghantaran juga Singapura.
6% akan dikenakan sekiranya dia memberi arahan supaya produk dihantar ke alamat di Malaysia.
Walaubagaimanapun, dia tidak akan dikenakan GST sekiranya alamat penghantaran berada didalam Designated Area seperti Langkawi,Labuan dan Tioman.
Dua lagi faktor menentukan GST 6% atau 0% adalah Ship From (Delivering Plant/Terminal) dan Produk itu sendiri.
Plant didalam SAP akan diset sebagai Designated Area(DA), Primary Custom Area (PCA), Bonded dan sebagainya.
Begitu juga produk. Akan mempunyai tax class tersendiri contohnya Standard Rated (6%), Zero Rated atau Prescribed.
Presribed item seperti Diesel bila dijual kepada Retail Station tidak dikenakan GST, kerana Station ini diset sebagai Relief dalam SAP. Sekiranya pelanggan lain yang membeli Diesel, akan dikenakan GST.
Semua ini ditentukan secara automatik dalam SAP. Ketika Order dimasukkan ke dalam sistem, GST treatment terus berlaku berdasarkan status consignee, delivering plant dan produk.
Ada juga proses tertentu seperti Sales to Aviation customer dimana GST ditentukan berdasarkan elemen lain. Bagi pelanggan Aviation seperti MAS,AIR ASIA dan sebagainya, GST 6% dikenakan sekiranya final destination adalah didalam Malaysia dan 0% sekiranya ke luar negara.
Bagi lapangan terbang yang besar macam KLIA dan KLIA2, data sales diupdate kedalam sistem ARMS dahulu sebelum diinterface ke dalam SAP. ARMS akan menghantar semua data termasuk final flight destination dan SAP akan terus create Order sehingga Billing.
Seseorang SAP SD Consultant harus tahu bagaimana untuk setup semua kriteria tax bagi sesebuah organisasi. Semakin besar organisasi, semakin banyak tax treatment dan makin mencabar master datanya.
Walaupun tugas kita hanya design seperti apa yang diminta, kita kadang kadang jadi macam Jabatan Kastam pula sebab business selalu merujuk kepada kita berkenaan tax treatment ini.
Yang penting, kita tak boleh memberi sebarang jawapan berkenaan GST jika tidak pasti. Rujuklah kepada Tax Focal dijabatan masing masing.
Haslinda Mat Isa
SAP SD (GST ) Solution Architect ( SA la pula kah kahkah)

Comments
Post a Comment