Formula Pricing in SAP

Formula and Average Price atau lebih dikenali sebagai Formula Pricing adalah satu sub-module dalam Industri Solution - Oil (SAP IS-OIL). Digunakan didalam Downstream Business untuk mengira purata harga minyak berdasarkan harga pasaran semasa.

Dalam SAP, Formula Price adalah Pricing Condition yang mempunyai feature "maintain formula". Condition record biasa hanya boleh menyimpan harga tetap seperti 'Pump Price' untuk Retail Station atau 'List Price' untuk LPG Cylinders.

Formula Price menggunakan Daily Quotation yang dilanggan oleh syarikat minyak. Quotation ini boleh datang dari beberapa sumber, contohnya Platts, Arab Gulf dan sebagainya.

Antara contoh formula yang biasa adalah Average of last month quotation. Bermakna, harga minyak tertentu hari ini,contohnya untuk pelanggan A dikira berdasarkan purata harga harian minyak dalam USD/AG, untuk bulan yang lepas.

Oleh kerana pelanggan membayar dalam RM/L, maka condition record akan disetup bersama formula untuk exchange rate juga. Paling mudah, rate juga berdasarkan purata daily rate Selling/Buying bank A.

Conversion AG (American Gallon) atau BB6 (Barrel@60) kepada Litre turut berlaku secara automatik.

Secara teknikal, apabila order masuk dalam SAP, harga RM/L ini akan terus dikira. Tiada manual price update oleh orang yang mengambil order tersebut.

Formula Price adalah satu feature yang saya sangat suka. Ketika mula mula belajar module ini 16 tahun yang lalu, macam nak pecah kepala nak memahamkan konsepnya.

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketekunan, module ni menjadi mudah bagi kakak.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu SAP?

Modul dalam SAP

Apakah iDoc dalam SAP?