Posts

Bisikan Kasih 4

Terasa pantas masa berlalu. Sudah seminggu Mila dan rakan-rakan dari beberapa buah universiti tempatan lain berkumpul di Institut Latihan di Kuala Terengganu itu. Berbagai aktiviti menarik disediakan sehingga tak terasa masa berlalu. Ayu dan Raiz semakin rapat, Mila mula perasan. Oleh kerana Mila sentiasa bersama Ayu, secara tak langsung Mila dapat mengenali Amar, sahabat baik Raiz. Amar neutral, dan Mila juga tidak mengharapkan apa-apa berlaku antara mereka. Mila lebih suka berkawan tanpa ada apa-apa perasaan antara satu sama lain. Baru tahun satu kot, takkan dah nak bercinta. Fikir Mila. Ketika hendak meninggalkan Kuala Terengganu, mereka perlu menaiki bas yang disediakan oleh penaja biasiswa. Ayu dan Mila sama-sama melangkah naik dan sepakat untuk duduk bersama ketika didalam bas nanti. "Ayu, boleh duduk dengan saya?" Entah dari mana, tiba-tiba Raiz bersuara. Raiz dan Amar rupanya sudah berada diatas bas lebih awal. Amar di tempat duduk belakang. "Apa pula plan ...

Bisikan Kasih 3

Shasha mengetuk pintu bilik rakan serumahnya, "Mila, kau dah siap ke?" "Dah siap dah. Jom." Malam tadi, Shasha menawarkan diri untuk menghantar Mila ke Dewan Chanselor pagi ini. Mila dan beberapa pelajar yang berjaya mendapat tajaan biasiswa Petronas dikehendaki  berkumpul disitu sebelum menaiki bas ke Kuala Terengganu. "Untung kau Mila, mana ada penaja lain buat kursus induksi macam ni. Siap dapat tinggal kat hotel lagi." "Itu la kan. Sure best nanti. Dapat jumpa dengan student dari U lain pulak tu." "Bye Shasha. Thanks so much hantar aku ya." Mila bergegas menuju ke arah bas yang menanti sebaik kereta Shasha bergerak keluar dari perkarangan Dectar. Pelajar-pelajar sudah mula menaiki bas. Mila menyerahkan beg berisi pakaiannya kepada abang konduktor yang sedang memasukkan beg-beg pelajar lain kedalam perut bas. "Mila, meh duduk dengan aku." Mata Mila mencari suara itu. Zaidi tersengih menampakkan barisan giginya yang ...

Bisikan Kasih - 2

"Mila, apa yang kau cari tu?" Shasha menepuk Mila dari belakang. Mila tersentak dibuatnya. "Ish. Kau ni, boleh tak bagi salam dulu? Kalau aku kena heart attack tadi, siapa nak tanggung?" Shasha mencebik dan tertawa melihat muka Mila yang sedang marah dengan tindakan spontannya. "Ok, sorry. Tak buat lagi ok. Kau cari nama siapa tu?" Mata Mila masih tertumpu pada beberapa helai kertas A4 yang ditampal pada papan kenyataan. Terdapat senarai nama pelajar disitu. Shasha turut membaca. "Senarai nama pelajar yang berjaya mendapat biasiswa Petronas." "Wah, dah keluar result ya. Nama kau ada tak Mila?" "Ada Shasha. Alhamdulillah. Macam tak percaya. Dah la aku terlepas group interview hari tu. Aku ingat aku dah gagal dah." "Tahniah Mila. Aku bangga dengan kau." "Kau pun apa kurangnya Shasha. Kau kan dapat biasiswa Slumberger, lagi susah tau nak dapat tu." "Alhamdulillah. Jom, aku belanja kau lunch....

Bisikan Kasih - 1

"Mak, dua minggu lagi Mila nak daftar masuk universiti. Tak sabarnya." "Alhamdulillah. Mak minta maaf tak dapat hantar Mila." "Takpa mak, Mila pi dengan Aida je." Mila sudah biasa berdikari. Sejak ayah meninggalkan mereka untuk selamanya dalam kemalangan jalanraya, Mila adik-beradik sentiasa cuba tidak menyusahkan emak. Mila masih ingat ketika mendaftar ke pusat matrikulasi selepas keputusan diumumkan, emak mula runsing. Mana nak cari duit untuk yuran pendaftaran dan tambang ke Kuala Lumpur. Mila dengan berat hati mengadap Tok Wan untuk meminjam duit. Mila turut bekerja dengan saudaranya, dapat juga kumpul sedikit wang untuk membeli barang keperluan. Mila tumpang saudara yang kebetulan balik kekampung untuk ke Kuala Lumpur. Perjalanan empat jam terasa sangat panjang. Mila hanya diam kerana tidak tahu nak cakap apa dengan keluarga saudara tersebut. Sepanjang setahun, Mila hanya dapat kunjungan pelawat dua atau tiga kali sahaja. Kawan-kawan Mila yang ...

Formula Pricing in SAP

Formula and Average Price atau lebih dikenali sebagai Formula Pricing adalah satu sub-module dalam Industri Solution - Oil (SAP IS-OIL). Digunakan didalam Downstream Business untuk mengira purata harga minyak berdasarkan harga pasaran semasa. Dalam SAP, Formula Price adalah Pricing Condition yang mempunyai feature "maintain formula". Condition record biasa hanya boleh menyimpan harga tetap seperti 'Pump Price' untuk Retail Station atau 'List Price' untuk LPG Cylinders. Formula Price menggunakan Daily Quotation yang dilanggan oleh syarikat minyak. Quotation ini boleh datang dari beberapa sumber, contohnya Platts, Arab Gulf dan sebagainya. Antara contoh formula yang biasa adalah Average of last month quotation. Bermakna, harga minyak tertentu hari ini,contohnya untuk pelanggan A dikira berdasarkan purata harga harian minyak dalam USD/AG, untuk bulan yang lepas. Oleh kerana pelanggan membayar dalam RM/L, maka condition record akan disetup bersama formula untu...

SAP Secondary Distribution

Hari ni saya macam nak share kisah perjalanan sebuah Road Tanker. Salah satu sebab saya suka bidang SAP ini kerana dapat belajar proses. Contohnya proses penghantaran produk ke stesyen minyak. Dalam satu hari ada beratus Road Tanker membuat penghantaran, mungkin ribu kalau ambil kira semua brand Oil&Gas, termasuk di Sabah dan Sarawak. Disebalik perjalanan sebuah Road Tanker, ada beberapa system/software yang menjayakannya. Bermula dari ordering pihak Stesyen, kepada scheduling diantara OC (Oil Company) dengan Transporter, pengambilan produk di Terminal, penerimaan pihak Stesyen sehinggalah tercetaknya Tax Invoice secara elektronik. Oh..berpeluh nak design keseluruhan transaksi ni adik. Interface dengan Bank, dengan scheduling system dan juga Gantry system. Bila GST diperkenalkan, bertungkus lumus kami ubah sana sini untuk comply dengan GST requirement pula. Bukan seorang, satu projek SAP boleh mencecah 100 orang Consultant dari pelbagai modul. Bagi saya, industri Oil & G...

Eldorado Project 1999-2001

Tiba-tiba kakak terkenang kembali projek pertama kakak yang paling significant dalam hidup ini, chewah . Sebelum itu memang kakak pernah terlibat dalam projek implementasi sistem SAP untuk beberapa syarikat di Petronas, semua skala agak kecil. Projek yang dinamakan Eldorado ini melibatkan ramai SAP Consultant dari pelbagai latar belakang. Ada satu puisi bertajuk Eldorado. Boleh google untuk dapatkan content puisi tersebut.  Didalam puisi yang ditulis oleh Edgar Allen Poe ini, Eldorado adalah sebuah bandar "City of Gold" yang dicari-cari suatu ketika dahulu. Ia dikatakan terletak di Amerika Selatan. Dikhabarkan bandar itu mempunyai kekayaan yang melimpah ruah. Namun tiada siapa pernah menjumpainya. Ketika projek SAP kami dinamakan Eldorado, ramai yang bimbang sekiranya kami mengalami nasib yang sama, tidak menjumpai emas dipenghujung projek. Emas yang dimaksudkan adalah kejayaan merealisasikan perpindahan sistem R2 ke R3. Namun, berkat kegigihan dan teamwork semua yang ter...