Posts

Showing posts from January, 2020

Modul dalam SAP

Bila dengar kerja dalam line SAP, pasti orang akan tanya modul apa? Samalah kalau kerja dalam bidang pendidikan atau industri yang lain. Setiap cabang kerjaya, ada bidang spesifik yang memerlukan kepakaran berbeza. Dalam SAP, boleh dikatakan ada lebih dari 15 modul kalau tak silap saya. Belum campur dengan sub-modul lagi. Yang paling core dan banyak digunakan adalah SAP MM,SAP PP, SAP SD, SAP FI, SAP HR dan SAP PM. Walaupun saya tak sebut WM atau eWM, SRM, MDG, ABAP, SA, dan yang lain-lain, tidak bererti modul-modul ini tidak penting. Status ini adalah pengenalan kepada core module dahulu. Saya akan terus menulis tentang modul-modul SAP di kesempatan yang lain.  Material Management atau MM adalah modul untuk menyimpan data produk yang dibeli, dijual dan/atau dikilangkan oleh sesebuah syarikat. Ia juga digunakan untuk track transaksi pembelian (procurement) dan penyimpanan (inventory). Sales and Distribution atau SD adalah modul yang digunakan untuk track transaksi "Order to Cash...

Apa itu SAP?

Mungkin ramai juga yang tertanya apa itu SAP? Biasanya orang dengar HR Consultant, Financial Consultant, Medical Specialist Consultant, tapi apa pula SAP Consultant? Siapa mereka ni? Pentingkah mereka ni? Mereka umpama hero yang tidak didendang, namun, percayalah, beribu dan beratus syarikat kecil dan besar, tempatan dan antarabangsa, memerlukan SAP Consultants untuk operasi perniagaan mereka. SAP adalah singkatan kepada System, Applications and Products, digunakan untuk memproses data. Di Malaysia sahaja, antara syarikat yang menggunakan SAP adalah semua syarikat Oil & Gas, Petronas, Shell, BHP, Exxonmobil, syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan Celcom, Astro pun sama.  Antara pengguna SAP yang lain termasuk Pos Malaysia, Sime Darby, Sapura, TNB, Telekom dan banyak lagi.  Diluar negara apatah lagi. Kalau anda google tentang "What is SAP", tentu akan jumpa beribu artikel berkenaan sistem ini. SAP juga adalah nama lain kepada ERP iaitu, Enterprise Resource Planning, dan...