Kasih ayah dalam Real Steel
Malam minggu, anak saya yang sulung tiba-tiba ajak tonton movie Real Steel. Saya memang tidak mudah lupa movie lakonan Hugh Jackman ini, walaupun ianya keluar pada tahun 2011, sudah tujuh tahun rupanya. Malam ini kami mengajak Hud menonton sekali. Hud lahir pada 2011, sah sah lah dia belum pernah tengok. Kami pun tak pernah nak ulang tengok sebelum ini. Hud sangat teruja melihat robot-robot berlawan. Sepanjang masa Hud berdiri sambil beraksi ala seorang peninju. Ibu lah mangsa kena tepis atas bawah tumbukan dan tendangan acah-acah dia. Semangat sungguh tengok Atom berlawan. Saya teringin nak menulis beberapa pengajaran dari filem ini, namun ilham itu tidak sampai. Maka saya pun google sahaja dan jumpa beberapa review yang turut menyertakan "lessons from Real Steel". Saya terjemahkan kedalam bahasa santai kita ya, sebab saya selesa dengan bahasa Malaysia. Antara pengajaran dari filem ini adalah: 1. Kegagalan sebenar seorang ayah bukan akibat dari kesilapannya, gagal...